Sabtu, 18 Oktober 2008

HBMS3403 PENGAJARAN MUZIK 7

Pengenalan
Penggunaan teknologi telah mengubahkan persepsi dan pendekatan pendidikan muzik. Penggunaan perisian muzik merupakan alat yang amat memang cukup sesuai digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik . Perisian muzik yang boleh didapati pada hari ini sungguh mengkagumkan dari segi bilangan jenis serta kualitinya. Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut masih terbuka luas. Para pengajar harus mengatasi segala perasaan was-was terhadap penggunaan perisian muzik sebab nak tak hendak ia merupakan sebahagian dari masa depan kita semua.
Soalan 1

CAL ( Cakewalk Application Language ) merupakan aplikasi bahasa yang digunakan bagi mengawal program perisian Cakewalk. Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil intepretasi dari „kod sumber ke „kod bit dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian program yang kebiasaannya dihimpunkan bersama „kod mesin pada perisian tersebut. Perisian Cakewalk secara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI

( MusicalInstrument Digital Interface) yang telah dicipta pada tahun 1991. Penggunaan awalnya adalah untuk aplikasi DOS dan kemudiannya telah diubahsuai untuk aplikasi Windows.Di peringkat awal pemasaran, terdapat dua versi perisian Cakewalk yang popular. Perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran . Cakewalk Pro mempunyai had penggunaan sebanyak 25 trek bersama 1 MIDI Output manakala Cakewalk Express pula dilengkapi dengan peralatan seperti sound card.Walaupun kedua-dua perisian ini mampu menggerakkan WAV file, perisian inimasih dianggap tidak lengkap sehinggalah terciptanya perisian Cakewalk Pro Audio yang dapat menyokong sistem audio digital dengan sepenuhnya.
Soalan 2

MIDI adalah singkatan Musical Instrument Digital Interface .Teknologi ini telah pun berkembang sejak awal tahun 1980 lagi. Ia terus berkembang dan mengalami pelbagai perubahan yang pesat disebabkan pasaran dan permintaan daripada pengguna di seluruh dunia. Pada masa sekarang, teknologi MIDI merupakan satu perkakasan yang kukuh yang boleh membantu pengguna muzik atau pemuzik sama ada profesional atau tidak.
Dengan adanya teknologi, maka pencipta lagu, penggubah muzik, pemuzik dan jurutera bunyi dapat menghasilkan muzik dalam pelbagai variasi dengan lebih tepat, cepat dan mudah. MIDI juga menentukan satu standard yang membenarkan instrument instrumen muzik, komputer sama ada hardware atau software berkomunikasi antara satu sama lain secara dua hala melalui satu bahasa atau protokol dengan fail standard MIDI yang dipanggil SMF atau Standard MIDI Fail. Format dalam pengkomputeran fail MIDI menggunakan singkatan *.mid. MIDI mempunyai beberapa port untuk menerima dan menghantar data. Tahun 1983, MIDI standard versi 1.0 telah dicipta dan diedarkan di pasaran. MIDI telah mendapat tempat yang penting dalam pasaran utama kepada studio rakaman dan sistem muzik komposisi yang menggunakan komputer. Ia juga telah menarik minat pembuat keyboard tradisional untuk mencipta keyboard yang menggunakan MIDI.

Penggunaan teknologi MIDI telah berkembang dengan meluas selari dengan perkembangan perisian komputer. Interface atau para muka adalah satu istilah yang menunjukkan perhubungan di antara alat muzik yang mana data dipindahkan dari satu alat ke satu alat yang lain melalui satu bahasa atau protokol standard iaitu MIDI. Melalui MIDI, ia membolehkan peralatan seperti sintesizer, keyboard, komputer, drum machine dari pelbagai pengeluar berinteraksi di antara satu sama lain melalui satu ciri yang standard iaitu para muka.


Dengan kata lain, MIDI ialah satu cara perhubungan di antara satu alat dengan alat lain yang berupaya menghantar dan menerima data komputer dalam satu bahasa atau protokol yang sama. Perkembangan muzik komputer dan mendefinisikannya sebagai muzik yang dihasilkan melalui komputer. Penghasilan muzik komputer melibatkan dua jenis teknologi yang agak berbeza. Odio digital dan perantaraan digital alat muzik yang lebih dikenali sebagai MIDI. Kedua-dua teknologi ini telah mentransformasikan bukan sahaja industri penerbitan muzik tetapi juga gaya persembahan muzik serta pendekatan pendidikan muzik, lebih-lebih lagi menjelang abad ke-21.

Teknologi MIDI merupakan teknologi yang lain yang terlibat dalam penghasilan muzik komputer. MIDI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 sebagai satu perantaraan piawai yang digunakan untuk membolehkan pelbagai jenis alat muzik elektronik seperti kibod, generator nada dan amplifier menukar data antara satu sama lain. MIDI mengutuskan data persembahan muzik daripada satu alat kepada yang lain. MIDI berbeza daripada odio digital sebab ianya tidak merekodkan muzik itu sendiri tetapi hanya maklumat mengenai muzik tersebut. Sebagaimana seorang pemuzik membaca dan menginterpretasikan skor muzik yang tercetak pada kertas untuk mempersembahkan lagu yang merdu, begitu juga dengan alat muzik MIDI, sama ada ianya kibod atau generator nada atau kad bunyi dalam komputer, dapat "membaca" dan "menginterpretasikan" "skor muzik" yang merupakan kod-kod yang boleh difahami oleh alat tersebut.

Teknologi MIDI ini mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang muzik. Komposer masa kini dapat memainkan lagu ciptaan mereka pada alat muzik MIDI yang seterusnya akan merekodkan data persembahan tersebut. Data ini boleh dibaca dengan mudahnya oleh komputer untuk menerbitkan skor muzik tradisional yang boleh dicetak. Skor yang dihasilkan begini juga amat mudah diubahsuai dan disunting. Gubahan muzik lapis mudah dirakam lapisan demi lapisan dan hasil ciptaan yang lengkap mudah dimainkan semula secara keseluruhannya. Komposer tidak lagi perlu mencari dan membayar sebuah orkestra untuk mendengar persembahan lagunya yang digubah untuk media itu.
MIDI merupakan satu alat pengajaran muzik yang sungguh berkesan. Ia mempunyai banyak aplikasi terutamanya dalam pengajaran kemahiran bermain alat muzik (khususnya kibod dan piano tetapi termasuk juga alat muzik lain yang mempunyai bentuk MIDI), kemahiran aural dan pengajaran teori.

Penyambungan MIDI kabel USB

Beberapa Contoh Perisian Pendidikan Muzik yang menggunakan teknologi MIDI sebagai asas penyampaiannya :
Nama Perisian
Jenis
Penerbit
Cakewalk
Sekuenser
Twelve Tone Systems
Clair
Kemahiran Aural
Opcode Systems
MiBac Music Lessons
Pengajian Teori
MiBac Music
Miracle Piano System
Kemahiran bermain Piano
Software Toolworks
Music Mentor
Teori & Sejarah
Midisoft
Musicware Piano
Kemahiran bermain Piano
Musicware
The JAMMER Professional
Sekuenser
Soundtrek
WinOye
Kemahiran Aural
Jose Alvira

Soalan 3

Fungsi MIDI di dalam aktiviti permainan alat muzik sintesizer ialah seperti berikut :
1. Mencipta muzik, membuat gubahan muzik, membuat rakaman dan membuat produk . Ini kerena peralatan muzik MIDI adalah peralatan muzik yang boleh mengeluarkan isyarat MIDI, dan isyarat itu akan keluarkan ke Sound module dan penjana bunyi yang ada pada alat muzik tersebut atau disalurkan melalui sambungan kabel MIDI ke sound module dan penjana bunyi luaran (external) . Kebanyakan keyboard keluaran sekarang telah disediakan dengan MIDI dan juga disediakan Internal MIDI sequencer. untuk mendapat bunyi yang lebih beragam dan lain dari yang sedia ada dalam keyboard, penjana bunyi luaran digunakan dengan sambungan kabel MIDI. Dengan adanya kemudahan seperti ini guru boleh mengubah muzik sendiri dan merakamnya sekali. Sekarang banyak terdapat keyboard yang boleh ditambahkan lagi bilangan bunyinya melalui Voice Expansion Board yang disediakan secara pilihan eksesori. Tetapi untuk mendapat bunyi dalam standard GM, sound module atau expansion tidak diperlukan kerana hampir kesemua keyboard sekarang. Kad bunyi pada komputer berupaya menerima isyarat MIDI atau secara ringkas dapat memainkan fail MIDI dalam standard GM. Cuma bezanya ialah kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah berbeza mengikut spesifikasi kad bunyi tersebut. Sekarang, sudah ada kad bunyi yang berkeupayaan sehingga ketahap 128 suara.

Peralatan muzik MIDI dalam aktiviti permainan muzik sintesizar menampilkan wajah muzik akustik seperti vokal, gitar, piano dan sebagainya. Kabel MIDI ke PC adalah sebuah kabel adapter penghubung MIDI dengan sound card sehingga dapat menghubungkan sebuah alat muzik sintesizar seperti keyboard MIDI .

ALAT-ALAT YG DI PERLUKAN UNTUK RECORD DATA MIDI KE PC.
Perbezaan alat muzik sintesizer menghasikan mutu bunyi MIDI dan wave untuk kad bunyi yang sama adalah berbeza sekali bagi kad bunyi tahap rendah (16 suara)., kerana sekarang terdapat software yang berupaya menerima isyarat MIDI dan di ubah kepada isyarat wave dan dimainkan semula dengan kualiti yang sangat baik .
Sebuah Keyboard/Synth yg ada midi in, out dan thru atau Prodikeys PC Midi USB.
Kabel Mid
Kebel Midi 5 pin
Kabel Midi/Kabel Gameport

2. Mencapai sesuatu data untuk program sintesizer bunyi yang dikenali sebagai patch. Untuk merakamkan lagu MIDI, perlu mainkan lagu tersebut dengan alat muzik boleh bermain peralatan muzik sintesizer terutamanya keyboard. Mengetahui, memahami dan berkebolehan mengatur corak permainan untuk setiap peralatan muzik bagi sesebuah lagu. Memahami kaedah asas teori muzik, seperti pemahaman terhadap bar . Dalam proses memprogramkan muzik samada format MIDI, SVQ atau sebagainya, anda akan bertindak sebagai programmer dan pemuzik. Jadi, sebagai pemuzik, anda hanya perlu kefahaman dan kebolehan seperti di atas, bukan kemahiran. Kerana setiap kesilapan dapat diperbetulkan. (Jika anda mahir dalam bermain muzik, adalah satu bonus kerana kerja pembetulan dapat dikurangkan dan menjimatkan masa).

3. Mengawal video dan mesin pita audio melalui SMPTE time code Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Muzik dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia.

Justeru itu audio atau bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambilkira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Audio sangat berkesan untuk menarik perhatian pengguna. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar atau “voice-over” dengan iringan muzik pastinya mampu menarik perhatian dan menyeronokkan di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan yang dipersembahkan. 3 April 2003 kualiti audio yang terhasil. audio jenis MIDI. Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang. Getaran yang terhasil diudara atau objek lain membentuk satu gelombang menggetarkan gegendang telinga kita dan didengar sebagai satu kesan bunyi. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio. Kekuatan bunyi ini dikenali sebagai amplitud dan unit ukurannya ialah decibel (dB). Kadar tekanan udara berkaitan dengan frekuensigelombang bunyi pula disebut pitch. Corak gelombang boleh dilakarkan dalam graf dan didapati bentuk graf seperti berikut:

• Gelombang bunyi dapat diwakili oleh corak sinus dikenali sebagai gelombang
analog. Corak sinus tersebut mewakili amplitud dan juga frekuensi audio. Semakin tinggi puncak pada gelombang bermakna semakin tinggi amplitud dan semakin kuat bunyi terhasil. Jarak di antara puncak dengan puncak pula mewakili frekuensi yang mana semakin jauh jarak antaranya, semakin kecil nada suara atau pitch yang terhasil.

• Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi diukur dalan unit Hertz (Hz). Setiap corak tersebut munculsebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat, bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz. Beberapa format fail audio digital yang biasa ialah wave (.wav), sound (.snd), Audio Interchange File Format (.aiff) dan MIDI (.mid). Selain itu terdapat juga audio yang disimpan dalam format MP3 ataupun MPEG Level 3. Format fail penggunaan audio di Internet adalah seperti RealAudio (.ra) atau RealMedia
(.rm) dan MP3 kerana saiz fail yang kecil berbanding format-format audio yang lain.

4. Mereka cipta dan mengawal kesan bunyi untuk filem dan vid . Format pemadat AVI yang asal dari Microsoft. Codecsmengkompres fail dengan cepat tetapi mengalami lossy (kualiti ime j/ video terjejas). Sesuai untuk previu sebelum menjana video akhir. Microsoft RLE (Run Length Encoding). Sesuai untuk memadatkan imej yang dijanakan dengan komputer. Hanya dapat menjana fail AVI. pemadatan yang tinggi.panjang untuk mengkompres. Hanya untuk format QuickTime versi 3 ke atas. Menawarkan kualiti kompres yang baik dan mengekalkan imej video..

Perisian Video Digital berasaskan kepada dua pendekatan;
1. Setiap perisian yang bergantung kepada video digital bertanggungjawab terhadap aspek mengawal perkakasan video capture, pemadatan dan main klip.

2. Perisian drivers dalam sistem operasi mengawal video capture, pemadatan dan main klip. Drivers ini dapat dicapai oleh pelbagai perisian untuk membantu membuat atau mencapai data video.


Perisian video digital boleh didapati dalam 3 bentuk;
1. Video capture
2. Mengedit Video
3. Pemain video untuk perisian.

Perisian Video Capture biasanya digunakan untuk mengawal perkakasan video capture. Ia juga berkemampuan mengawal ciri-ciri input isyarat video seperti warna dan keterangan. Ia juga mengawal bagaimana video dirakam tangkap iaitu algorithma pemadatan, kadar frame, saiz frame, kedalaman warna, dan sampling audio.

Soalan 4

Perisian muzik mempunyai kelemahan . Kelemahan utama yang dapat kita lihat adalah tertumpu kepada cara pengendalian perisian oleh pengguna. Ditambah dengan masalah virus komputer yang masih tidak dapat dibendung dengan sistematik, perisian muzik tidak akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan akhirnya perisian tersebut hanya akan diabaikan begitu sahaja. Tambahannya lagi, kebanyakan pengeluar perisian muzik hanya akan memberi informasi asas di dalam media cetak ataupun di layar internet. Informasi yang diberikan adalah terlalu ringkas dan tidak telus dan pengguna juga tidak berpeluang untuk mencuba perisian tersebut terlebih dahulu sebelum membelinya. Kelemahan atau kerumitan sebenar mengendalikan perisian tersebut hanya akan diketahui selepas penggunaan perisian tersebut. Masalah ini kerap ditemui sama ada di dalam perisian teori, latihan dan latih tubi serta perisian aplikasi.

Sebagai contoh penulisan notasi menggunakan perisian akan menghasilkan tulisan yang kemas serta kemudahan mendengar-balik hasil penulisan tersebut tetapi teknik penulisan ini biasanya akan memakan masa yang lebih panjang berbanding dengan teknik penulisan notasi secara tradisi. Perisian bagi komposisi pula banyak memberi peluang kepada pengguna untuk berkarya dengan lagu-lagu ciptaan sendiri walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang khusus di dalam bidang muzik. Masalah yang timbul adalah kebanyakan pengguna ini akan menggunakan program sedia-rakam untuk komposisi mereka dan hasilnya adalah stereotaip dan tidak membina kreativiti mereka dengan sepenuhnya.
Dilema pengguna selalunya adalah berkisar kepada persoalan, adakah harga yang dibayar berpatutan dengan produk yang ditawarkan atau adakah fungsi yang disediakan di dalam perisian tersebut terlalu mudah atau sebaliknya serta menepati atau tidak kehendak pengguna.
Teknologi perisian muzik juga tidak mampu untuk menggantikan guru atau alat-alat muzik konvensional. Ia juga tidak dapat digunakan sebagai satu-satunya landasan untuk pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa sebab lain mengapa sambutan terhadap perisian dalam pengajaran muzik kurang memuaskan, antara sebab utama diberikan untuk mengapa perisian di bidang tersebut adalah amat sedikit: sikap tidak peduli oleh pengajar, guru masih lagi pegangan kepada kaedah-kaedah tradisional yang lama, perisian bermutu rendah dan batasan yang disebabkan perkakasan komputer. Sikap tidak peduli pengajar dan kedegilan untuk melepaskan kaedah pengajaran tradisional mungkin juga merupakan antara halangan utama penggunaan teknologi perisian sebagai alat bantuan pengajaran muzik secara lebih meluas. Perisian terkini mempunyai kualiti yang amat tinggi dari segala aspek seperti isi kandungan, fungsi, media persembahan, tetapi guru tidak tahu mengunakannya.
Perisan komputer pula mengalami evolusi begitu mendadak sehinggakan perkakasan 2 tahun yang lepas kini ketinggalan zaman sama sekali perkara ini menimbulkan masalah kepada guru . Batasan perisian komputer yang lama seperti kualiti odio yang inferior, capaian cakera liat dan cakera liut yang amat perlahan, ketidakmampuan sistem untuk menyimpan data yang terlalu banyak (salah satu daripada ciri fail odio digital ialah ianya memerlukan ruang simpanan yang besar) serta kelambatan pencapaian data tersebut serta kos perkakasan yang terlalu mahal ini menjadi beban pada guru .
Terdapat perasaan was-was terhadap penggunaan perisian tersebut sebagai alat bantuan mengajar menjadi satu kelemahan untuk mengunakannya. Ianya mungkin berpunca daripada pengalaman guru dengan perisian dan perkakasan yang sedia ini sebagai pengalaman pertama .

Soalan 5

Empat cadangan bagaimana teknologi perisian muzik Cal dan teknologi berasaskan MIDI dapat diaplikasikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah , teknologi perisian muzik Cal dan teknologi MIDI begitu berkesan untuk diintegrasikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard. Perisian muzik tutorial dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat terus kepada para pelajar. Perisian seperti „ Cakewalk Studio Instruments„ dan boleh dijadikan alat bantu mengajar. Analisis perisian muzik ini juga boleh dibuat dengan cara banding beza. Ini dapat menarik minat untuk pelajar dalam bidang muzik .


Perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu perisian aplikasi dan perisian dedikasi. Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut di bidang ini juga masih terbuka luas. Walau bagaimanapun di dalam mengejar keghairahan ini, perlu ada keseimbangan di antara perkembangan teknologi ini bersama dengan nilai-nilai estetik muzik itu sendiri. Antara cadangan ialah :

(a) Penerokaan bunyi-bunyian secara terus serta pembentukan bunyi bunyian
baru dengan menggunakan efek seperi reverb, echo dan sebagainya. Penerokaan ini bukan sahaja terhad kepada bunyi asal daripada alat-alat muzik yang dimainkan tetapi pengubahsuaian bunyi-bunyi tersebut berdasarkan kepada muzik sintesis sebagai landasan bagi aktiviti-aktiviti improvisasi, komposisi dan juga latihan .

(b) Pembentukan serta penghalusan idea-idea muzik berdasarkan kepada unsur-unsur muzik seperti tempo, dinamik dan artikulasi bagi membuat komposisi serta persembahan muzik sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan .

(c) Memperluaskan pengetahuan serta kefahaman struktur serta stail
pelbagai genre muzik supaya dapat menilai komposisi serta persembahan
yang berkualiti tinggi .

(d) Memahami fungsi-fungsi peralatan yang digunakan seperti mikrofon,
keyboard MIDI, dram MIDI, mixer dan juga alat-alat rakaman dan efek
yang sering digunakan di dalam teknologi muzik masa kini.

Penutup

Perisian yang dicipta bagi menjalankan aplikasi muzik secara am seperti menulis notasi muzik serta membuat komposisi. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh digunakan di dalam aktiviti pendidikan muzik. Perisian yang direka bentuk bagi menjalankan aktiviti pendidikan muzik seperti permainan keyboard, latihan teori, latihan pendengaran serta improvisasi.

..asri1969

Tiada ulasan: